Blogger Layouts
Lovely Family Slideshow: FIEZA’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Thursday, September 9, 2010

BILA TAKBIR BERGEMA

Bila takbir bergema, akan muncul wajah sesorang di mindaku. Wajah yang sungguh tenang, terukir seribu senyuman dan penuh dengan kebaikan dan kasih sayang.
Terngiang-ngiang suaranya di telingaku memanggil ku.
Teringat akan susana riuh-rendah dan ceria di ruang tamu dan dapur. Semua saudara mara mengukir senyuman yang sangat indah di malam raya.
Pada pagi raya, teringat aku akan suaranya yang lembut mengejutku untuk solat subuh.
Selepas itu, dia membantuku dan yang lain untuk bersiap-siap dengan pakaian raya yg penuh dengan warna-warni.
Kegirangan dan keceriaan di wajahnya jelas terpancar dan membuatkan yang lain turut gembira.
Teringat aku akan saat manis dia menyuap ketupat dan lemang padaku dan lain-lain sebelum menunaikan solat sunat hari raya.
Ketika berjlan ke masjid bersamanya, diriku berasa sangat gembira dan tenang.
Saat di mana kami mengambil gambar bersama keluarga yang besar, terukir satu senyuman yang penuh dengan sinar ceria.
Kini, semua itu hanya tinggal kenangan indah.
Telah kembalinya dia kepada yang Maha Pencipta.
Akan ku kenang dirimu hingga akhir hayatku.
Moge rohmu dicucuri rahmat.
Al-Fatihah buat nenekku yang tersayang..
Selamat Hari Raya, Tok! Maaf Zahir Dan Batin.